Rabu, 1 Julai 2015

ETS KL-Padang Besar belum boleh beroperasi - SPAD

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD.

"Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di sini hari ini.

Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu.

Pada Khamis lepas, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata SPAD dijangka mengeluarkan sebanyak 400 Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk perkhidmatan bas tambahan sempena Aidilfitri ini.

"Pada tahun lepas kita mengeluarkan lebih 300 LPS dan kita jangka tahun ini kita akan keluarkan lebih atau sama bilangan dengan jumlah LPS yang dikeluarkan tahun lepas," katanya.

Berkenaan tambang bas, beliau berkata sebarang kenaikan tambang perkhidmatan awam mesti diluluskan di peringkat Kabinet terlebih dahulu.

Terdahulu ketika melancarkan dua unit MoVs itu, Syed Hamid berkata kenderaan itu akan berfungsi sebagai pusat operasi bergerak SPAD yang mampu menjalankan siasatan secara terus kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pejabat termasuk perakamVIDEO, kamera litar tertutup (CCTV), kamera penglihatan malam dan kemudahan Internet.

"MoVs akan digunakan untuk kita mengeluarkan notis terhadap kenderaan awam yang melakukan kesalahan di atas jalan secara terus tanpa perlu merujuk kepada ibu pejabat SPAD terlebih dahulu dan kedua-dua unit ini akan beroperasi di sekitar Lembah Klang," katanya.


Sekian.


Sumber : Astro Awani

Perkhidmatan Sewa, Kongsi Kereta Elektrik Pertama Di Malaysia

Kuala Lumpur : Warga kota berpeluang menyewa kereta elektrik (EV) melalui program perkongsian kereta pertama di Malaysia yang dilaksanakan di bandaraya Kuala Lumpur.

Inisiatif ini bagi memberi pilihan kepada orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan sebagai usaha mengurangkan kesesakan jalan raya.

Setakat ini terdapat 400 pengguna telah berdaftar dengan program yang berkonsepkan Mobiliti Penyelesaian Padu (Comos) dengan objektif utama menggalakkan persekitaran hijau.

Menurut Pengerusi Eksekutif CMS Consortium Eco-Tour, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir, setakat ini terdapat 60 EV berteknologi hijau disediakan di sekitar bandaraya.




EV yang menggunakan kereta Renault Zoe mempunyai ciri keselamatan yang mengikut piawaian antarabangsa.

Pengguna EV dapat menyewa kenderaan itu dengan caj penggunaan minimum hanya RM6 setiap 15 minit dan RM160 untuk sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif Comos, Dr Badrulhisham Mohd. Ghazali berkata EV yang menggunakan kereta jenis Renault Zoe mempunyai ciri keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa.

“EV Renault Zoe ini kami letakkan di 10 stesen yang terpilih. Apa yang pelanggan perlu buat adalah mendaftar dan mengambil kad dan nombor pin di pejabat kami sebelum ke stesen-stesen ini untuk mengambil kereta.

“Dengan adanya nombor pin dan kad yang disediakan ia bakal mengurangkan risiko kecurian. Di samping kereta tersebut turut dilengkapi dengan sistem GPS dan Airbag,” katanya kepada Astro AWANI.


Sekian.

Sumber : Astro Awani


SPAD perkenal kenderaan operasi mudah alih

KUALA LUMPUR: Pengenalan kenderaan operasi mudah alih Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memudahkan gerak kerja sekali gus menjadi pusat kawalan penguatkuasaan segera agensi itu.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia juga menjadi kenderaan mudah alih yang dapat menyiasat serta mengumpul maklumat yang lebih efisien semasa operasi.

"Kita berharap operasi siasatan dan pengumpulan maklumat segera dapat dibuat dengan lebih pantas dengan penambahan kenderaan mudah alih ini.

"Ia bukan sahaja menjadi kenderaan kawalan pusat operasi malah memberi arahan kepada penguatkuasa jika ada situasi pemandu yang melanggar undang-undang," katanya semasa berucap pada majlis perasmian kenderaan operasi mudah alih SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.

Kenderaan mudah alih yang dilengkapi dengan kamera perakam video, kamera litar tertutup (CCTV), kamera visual malam, kemudahan internet, awning automatik dan pelbagai kemudahan lain itu dilihat menjadi salah satu kelebihan kepada SPAD sendiri menjelang musim perayaan ini.

Jelas Syed Hamid, untuk permulaan, sebanyak dua kenderaan operasi mudah alih akan berada di sekitar Lembah Klang.

"Kita akan lihat maklum balas dahulu, jika ada keperluan kita akan mohon lagi," katanya.

Dalam pada itu kata Syed Hamid, SPAD dijangka mengeluarkan kira-kira 300 Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada syarikat bas ekspres pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Angka itu sama seperti tahun lepas, namun ada kemungkinan ia akan ditambah sedikit," jelasnya.

Syed Hamid turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli tiket tidak sah daripada broker atau ejen tidak sah.

"Seperti di TBS ini senang kerana ada sistem elektronik. Jika semua mengikut nasihat SPAD dan membeli daripada kaunter sah, masalah ulat tiket tidak akan timbul lagi.

"Lagipun sudah beberapa tahun kebelakangan ini kita tidak mendengar apa-apa aduan mengenai ulat tiket. Maksudnya SPAD sudah mengambil tindakan tegas sebelum ini dan kini semuanya berjalan lancar," ujarnya.


Sekian.

Sumber : Astro Awani

Sabtu, 6 Jun 2015

BRT-Laluan Sunway, Lembaran Baharu Sistem Pengangkutan Mesra Alam

PETALING JAYA: Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri NAJIB Tun Razak berkata sistem pengangkutan BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu merupakan projek pengangkutan awam yang mencapai piawaian antarabangsa dan amat membanggakan negara.

"Projek ini memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien, boleh diharap dan selesa," katanya semasa merasmikan sistem BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway dekat sini hari ini.

Najib turut melancarkan bas elektrik pertama pada majlis itu yang dicatatkan dalam Malaysia BOOK of Records sebagai bas elektrik pertama negara yang digunakan untuk sistem pengangkutan awam.

Beliau berkata apa yang dicapai hari ini merupakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya dan pengurangan pelepasan gas karbon.

Katanya bagi meningkatkan minat masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu, tiada bayaran dikenakan mulai esok untuk tempoh dua bulan.

Perdana menteri berkata sistem BRT-Laluan Sunway ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dan gaya kehidupan baharu yang mesra alam dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Najib turut memuji kaedah pelaksanaan projek BRT yang merupakan kerjasama awam-swasta (PPP) antara Kumpulan Prasarana dengan Kumpulan Sunway, dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dilakukan dalam memajukan pengangkutan awam negara.

Beliau berkata pelaksanaan sistem pengangkutan itu merupakan capaian penting negara ke arah mengajak masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih kerap dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian seperti dilakukan di negara maju.

"Ada sesetengah negara maju yang penduduknya menyimpan kenderaan di 'country side' dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana. Kita juga boleh melakukannya jika mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan masalah ini telah dikenal pasti kerajaan, " katanya.

Beliau berkata untuk itu, sistem pengangkutan awam, khasnya di Lembah Klang, perlu diselaraskan, dan BRT perlu diperluaskan di projek pengangkutan awam yang lain.

Najib berkata kerajaan, tanpa ragu, telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan awam sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA) kerana sedar dan peka bahawa ia merupakan cabaran penting dalam Pelan Transformasi negara.

"Kita letakkan pengangkutan awam dalam NKRA sebab selama ini kita gagal wujudkan pengangkutan awam yang bersepadu. Oleh kerana itu, kita wujudkan Kumpulan Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaraskan pengangkutan awam negara," katanya.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM23 bilion untuk pembinaan jajaran transit aliran massa (MRT) yang baharu bakal menghubungkan Sungai Buloh ke PUTRAJAYA.

Pada masa sama, kerajaan juga telah mengumumkan pembinaan jajaran sistem transit aliran ringan (LRT) ketiga bernilai RM9 bilion bagi menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang, katanya.
Najib kemudian menaiki bas elektrik mengelilingi kawasan sekitar selama 30 minit.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah.

Sistem BRT-Laluan Sunway menjadi perkhidmatan bas pertama menggunakan 'elevated track' atau laluan bertingkat sekali gus memastikan perjalanan dapat dirancang hingga waktu terakhir.

Ia juga merupakan perkhidmatan bas awam henti-henti pertama yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya di negara ini. Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam itu sebanyak RM634 juta.

Sistem BRT-Laluan Sunway yang meliputi laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer itu menempatkan tujuh buah stesen dari Sunway-Setia Jaya sehingga USJ7, Subang Jaya, dan akan dihubungkan ke stesen Komuter Keretapi Tanah MELAYU Setia Jaya dan sistem LRT yang sedang dibina di USJ 7 yang akan dibuka tahun depan.

Sementara itu Ismail dalam ucapan alu-aluannya berkata BRT-Sunway Line akan beroperasi mulai esok di tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dengan USJ7 sebagai stesen terakhir dengan kemudahan 'park and ride' turut disediakan.

Katanya 15 bas mesra alam akan digunakan dengan setiap bas boleh memuatkan 67 orang, termasuk penumpang berdiri, pada satu-satu masa.

Beliau berkata BRT-Sunway Line akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di Bandar Sunway dan Subang Jaya.

Ismail berkata dijangkakan 2,400 penumpang setiap jam akan menggunakan perkhidmatan itu tahun ini dan jumlah itu diramalkan meningkatkan kepada 5,200 orang pada tahun 2035.


                                                             Sumber : Astro Awani

Bus Rapid Transit (BRT)

Bas Rapid Transit (BRT) atau Bas Aliran Deras adalah kategori keutamaan bas khusus. Ia direka untuk menampung tahap permintaan yang tinggi untuk pengangkutan awam dengan menggabungkan aspek transit massa. BRT adalah seperti perkhidmatan rel tetapi digunakan dalam tempoh masa yang lebih singkat, dengan kadar penggunaan sumber-sumber yang jauh lebih rendah dan hanya memerlukan sebahagian kecil daripada kos mewujudkan perkhidmatan kereta api baru.


Ciri-ciri Utama:
• Lorong eksklusif tersendiri
• Bayaran pra-pelepasan.
• Pengendali sistem tunggal untuk pendapatan dan pembayaran - pengusaha bas berganda hanya dengan satu tiket yang sama.
• Bas kapasiti tinggi.


Latar Belakang
• Salah satu daripada 11 inisiatif di bawah NKRA-UPT, rangkaian Bus Rapid Transit (BRT) dalam inisiatif Greater KL (GKL) sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
• SPAD telah mengiktiraf 12 koridor BRT dalam Pengangkutan Awam Greater KL / Lembah Klang Master PELAN-Draft (2010) di bawah seksyen Pelan Transformasi Bas.
• Koridor KL-Klang telah dikenal pasti di dalam Laporan BRT KL (2011) sebagai salah satu potensi BRT Koridor dan projek BRT ini dirancang untuk beroperasi pada 2016.


Contoh- Contoh BRT di Negara Luar


Bogota, Colombia                                                                   
    
  •  Guangzhou, China 
 
Rouen, France                                                                         
    
   •  JAKARTA, Indonesia
Kebaikan BRT:
• Bagi pengendali BRT:

- Meningkatkan prestasi perkhidmatan.
- Meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan.
- Meningkatkan prestasi operasi.
- Meningkatkan perkhidmatan penumpang.
• Untuk orang ramai:

- Masa perjalanan lebih pendek.
- Kebolehpercayaan lebih baik dan selesa.
- Liputan lebih baik dan perkhidmatan dari pintu ke pintu.
- Kemudahan bas yang lebih baik dan stesen.
- Gaya hidup yang lebih baik.
- Meningkatkan kualiti hidup.
• Bagi kerajaan:

- Alternatif transit lebih murah.
- Penyelesaian lebih cepat.
- Mesra alam.
- Fleksibiliti Operasi.
- Peningkatan penumpang transit di koridor terpilih.
Kebaikan KL-Klang BRT:

• Bagi pengusaha:

- Operasi kelajuan purata @ 45 kmsj. Lebih cepat daripada trafik campuran.
- Kekerapan 30 saat, kapasiti yang tinggi @ 14000 pphpd.
• Untuk orang ramai:

- Kurang kelewatan dalam perjalanan dengan 50% penambahbaikan.
- Liputan Lebih banyak (90%) & integrasi dengan mod pengangkutan yang lain.
- Stesen Metro kelas, kebolehcapaian dan kesalinghubungan.
- Keselesaan bas yang lebih baik dan lebih keselamatan.
- Pergerakan & gaya hidup yang lebih baik untuk kualiti hidup yang lebih tinggi.
• Bagi kerajaan:

- Lebih murah daripada kereta api (BRT @ RM25 juta / km).
- Boleh dilaksanakan pada 2016, penyelesaian transit cepat.
- Menggalakkan persekitaran hijau dan kesihatan bandar.
- Pembinaan berfasa & pementasan, gangguan servis minimum.

Sistem Operasi Hibrid BRT 

• Bersama-sama koridor BRT Kl-Klang, 29 stesen BRT sedang dirancang.
•  Koridor KL-Klang BRT akan menggunakan sistem operasi hibrid

Penilaian Kesan BRT

• Untuk mengurangkan peningkatan kesesakan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan disebabkan oleh peningkatan penduduk pada tahun-tahun hadapan, dengan menyediakan pilihan pengangkutan awam menarik yang lebih pantas, lebih selamat, lebih selesa dan murah. 
• Walaupun BRT membantu menguruskan keadaan trafik (dengan melaksanakan faktor "menolak&menarik"), ia juga membantu ekonomi dengan mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan CO2 serta mengurangkan masa perjalanan, pada masa yang sama memaksimumkan produktiviti.


Sumber : Laman Web Rasmi SPAD (www.spad.gov.my)

Rabu, 3 Jun 2015

Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT)

Jika anda salah seorang daripada penduduk sekitar Sungai Buloh-Kajang, akhir-akhir ini anda pasti sering dapat melihat kerja-kerja pembinaan rangkaian kereta api dijalankan di merata-rata tempat secara besar-besaran. Untuk pengetahuan anda, pembinaan yang dijalankan tersebut merupakan salah satu projek Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang bernama Klang Valley Mass Rapid Transit atau lebih dikenali sebagai MRT.

Berdasarkan laman web rasmi SPAD, Lembah Klang Mass Rapid Transit Projek melibatkan pembinaan rangkaian keretapi yang akan menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Projek ini merupakan elemen penting kepada Greater Kuala Lumpur/Klang Valley National Key Economic Area (Greater KL/KV NKEA) dan projek infrastruktur yang terbesar di negara ini. Ia akan meningkatkan liputan pengangkutan awam berasaskan rel di Lembah Klang dan membolehkan 50% daripada semua perjalanan di Lembah Klang dilakukan oleh pengangkutan awam pada tahun 2020, meningkat daripada 17%yang terkini. Kerajaan meluluskan Projek MRT Lembah Klang pada 17 Disember 2010, diikuti dengan kelulusan Skim Keretapi Final Sungai Buloh - Kajang (SBK) pada 29 Jun 2011.

Baris pertama rangkaian akan berlangsung dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, ke Kajang di tenggara ibu negara. Sungai Line Buloh-Kajang akan meliputi jarak 51 kilometer, iaitu 9.5km di bawah tanah. Akan terdapat 31 stesen di sepanjang laluan dan tiga stesen sementara yang akan dibina untuk pembangunan masa depan.

Perkhidmatan ini akan memberi perkhidmatan kepada populasi 1.2 juta penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan seperti Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Cheras dan Kajang.

Berdasarkan bilangan penumpang ramalan dari 2017 sehingga 2026, sebanyak 58 kereta api akan disediakan apabila selesai  talian Sungai Buloh - Kajang dan satu kereta api boleh mempunyai kapasiti maksimum bersamaan 1.200 penumpang bas 12 atau kira-kira 700 kereta. Para penumpang dijangka mencapai 442,000 penumpang setiap hari dengan kekerapan kereta api akan kira-kira satu kereta api setiap 3.5 minit pada waktu puncak.

Laluan MRT dari Projek MRT Lembah Klang kini sedang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada Rancangan Pembangunan Bandar Rel Lembah Klang. Rancangan ini ialah komponen Tanah Pelan Induk Pengangkutan Awam Lembah Klang yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Projek MRT Lembah Klang ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Peranan SPAD adalah untuk memastikan perancangan, pembinaan dan operasi baris akan mengikuti semua peraturan-peraturan yang perlu dan memenuhi matlamat utama iaitu menyediakan penduduk Lembah Klang dengan sistem pengangkutan awam yang selesa & berkesan.

Projek MRT telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 dengan pembinaan yang canggih di Sg Buloh depot, portal bawah tanah Semantan dan terowong pelancaran bawah tanah Cochrane. Ini kemudiannya akan diikuti oleh penempatan semula utiliti bersama pelbagai bahagian penjajaran. Sebahagian besar pakej kerja utama dicadangkan pada pertengahan tahun 2012. Kerja-kerja fizikal akan memerlukan lencongan lalu lintas yang pada satu cara atau yang lain menjejaskan pemandu dan pejalan kaki sepanjang jajaran. Pemilik projek dikehendaki untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik untuk mengurangkan kesan.

Projek ini disangka akan siap dibina pada tahun 2017.

Sebagai salah seorang pengguna pengangkutan awam yang tegar, terutamanya perkhidmatan rel, projek ini merupakan satu berita gembira bagi kami dengan adanya perkhidmatan yang menawarkan perjalanan ke destinasi-destinasi yang terletak dengan jarak jauh daripada satu sama lain.

Berikut merupakan peta rangkaian MRT yang bakal dibina :


Sekian.