- Mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar. Contohnya, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Pengangkutan awam seperti LRT (Light Rail Transit) dan Komuter menggunakan landasan yang teratur masa dan perjalanannya berbanding dengan jalan raya yang sentiasa dipenuhi dengan kenderaan tanpa amaran tidak kira masa
- Menjimatkan kos dan masa. Hal ini berkaitan dengan mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana dengan tiadanya kesesakan, kita akan mampu tiba ke destinasi yang dituju lebih awal tanpa mengambil masa yang panjang. Dari segi kos pula, pengangkutan awam hanya memerlukan tambang yang lebih jauh murah berbanding kenderaan sendiri yang memerlukan peruntukan wang banyak untuk kos minyak, bayaran parkir dan tol. Perbelanjaan harian juga akan mampu dikurangkan.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini terutamanya kepada pencemaran udara akibat gas-gas toksik seperti karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan yang semakin meningkat jumlahnya hari demi hari. Pengangkutan awam seperti LRT(Light Rail Transit) tidak mengeluarkan apa-apa bahan toksik yang berbahaya sebaliknya menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi.
- Memartabatkan lagi industri pelancongan negara. Lebih ramai para pelancong yang akan mengunjungi negara kita kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang selesa dan moden dari satu tempat ke tempat yang lain di samping menjaga imej dan nama baik negara
- Menjana pendapatan negara dan meningkatkan produktiviti. Misalnya, saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Oleh itu dengan adanya pengangkutan awam, pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tepat pada masanya.
Sekian.
sangat berguna untuk KLGT3 2019
BalasPadambetul . Sangat berguna
PadamAkhirnya siap jugak kerja khusus 😵
BalasPadamMe 2...🐈
PadamForm 3 ea?
PadamApe
PadamWow...sngt guna lah...🐒
BalasPadamMmg brguna tapi sikit laa...kalau bnyk lagi okeyy!!!😅
BalasPadamTerima kasih! Amat berguna! May god bless you👍
BalasPadamTerima kasih! Amat berguna! May god bless you👍
BalasPadam